Boikot Barangan Israel

Boikot Barangan Israel

Wednesday, January 20, 2010

Kembalikan Harimau Muda A ke Liga Super - Azraai

dicopy-paste dr utusan malaysia.Korg pikir la sendiri.....

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah menyarankan pasukannya dikembalikan ke Liga Super musim ini biarpun saingan divisyen teratas itu sudah melalui empat perlawanan berikutan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menolak penyertaan skuad bawah 21 tahun negara itu, kelmarin.

Katanya, masih belum terlewat untuk berbuat demikian kerana ia dianggap lebih baik sebagai medan pendedahan pertandingan sebenar daripada terus 'memeram' anak buahnya di kem latihan dan cuma mengadakan siri perlawanan persahabatan di merata tempat.

"Mungkin masih boleh diselitkan jadual perlawanan Harimau Muda A di tengah-tengah Liga Super sekarang daripada membiarkan semua pemain kecewa apabila ditolak daripada bermain dalam Liga Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Harimau Muda A mulanya dinaikkan ke Liga Super musim ini setelah menjuarai Liga Perdana musim lalu di bawah bimbingan K. Rajagobal sebelum diambil alih Ong Kim Swee tetapi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merombak semula susunan pasukan dengan memasukkan Kuala Lumpur dan Pahang, awal bulan lalu.

Azraai, jurulatih Kedah yang menjuarai tiga gelaran Liga M 2007 dan 2008, turut menganggap Liga Super satu platform terbaik buat anak buahnya setelah mencapai matlamat menakluki Liga Perdana 2009 malah sebagai persediaan jangka panjang ke Sukan SEA Indonesia 2011.

"Pelik juga apabila kita sendiri yang tidak benarkan bermain dalam Liga Super, kemudian cuba berharapkan Singapura yang beri tempat dalam Liga S dan akhirnya, pemain yang kecewa kerana sekadar terus berlatih tetapi masih tidak dapat bermain di mana-mana pun.

"Memang ada siri persahabatan dan lawatan ke luar negara untuk kami (ke Surabaya dari 26 Januari selama dua minggu dan mungkin ke Turki atau Slovakia tahun ini) tetapi ia masih tidak sama dengan pertandingan sebenar," katanya.

Azraai juga tidak melihat sebarang masalah untuk menempatkan Harimau Muda A semula ke Liga Super 2010 walaupun mungkin menjadikan jumlah pasukannya ganjil (15 pasukan) dan salah sebuah pasukan perlu berehat pada setiap kali hari perlawanan.

"Kita pernah melalui yang lebih pelik daripada ini (format pertandingan Liga M). Jadi apa masalahnya? Jika Harimau Muda A masuk semula Liga M, bukan sahaja pasukan ini dapat beraksi dalam Liga Super bahkan Piala FA dan mungkin Piala Malaysia.

"Bayangkan jumlah perlawanan yang diperoleh pasukan ini," katanya yang turut berharap Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dapat meleraikan dilema mereka sekembalinya dari London, hari ini bagi merisik kelab England yang mampu menempatkan skuad bawah 23 tahun negara - juara Sukan SEA Laos 2009.

Harimau Muda B (bawah 19 tahun) yang diterajui Kim Swee, kini menduduki tempat kelima Liga Perdana di belakang Felda United, PKNS, Pos Malaysia dan Angkatan Tentera dengan berjaya mengutip kemenangan sulung dalam perlawanan ketiganya setelah menewaskan Sabah 3-2 di Kota Kinabalu.

Wednesday, January 13, 2010

BOLA LAGI!!


ini bukan komik baru aku,POYO jer nih.hahhaha.Sbb tahun ni adlh tahun world cup jd aku mulakan blog aku dgn entri bola.

Sepertimana yg kita sedia maklum skuad negara telah bergelar JUARA di sukan SEA di LAOS.
Malaysia turun sebagai pasukan bukan pilihan mara dengan membelasah Timor Leste 11-0 di perlwanan pembukaan.Skuad muda negara telah menunjukkan bahawa mereka lebih baik berbanding skuad senior setidak-tidaknya dari segi kekuatan mental.Ketinggalan 1-0 kepada juara bertahan THAILAND,skuad negara bangkit 10 minit terakhir perlawanan dgn meledak 2 gol sekaligus mengesahkan tiket ke separuh akhir.Bertemu tuan rumah LAOS yang mendapat sokongan padu lebih drpd 30,000 orang penyokong di separuh akhir nyata tidak menggentarkan semnagat Sang Harimau,Malaysia menang selesa 3-1.Skuad muda negara sekali lagi membuktikan mental dan semanagt mereka yang begitu tinggi dengan menumpaskan VIETNAM (pasukan yang telah pun mengalahkan mereka di perinkat kumpulan) dengan jaringan 1-0 sekaligus menjadi JUARA BOLA SEPAK sukan SEA Laos.

Adakah dgn kemenangan di Sukan Sea merupakan petanda kebangkitan skuad harimau kita?

Adakah kita sudah boleh menaruh harapan kepada skuad muda kebangsaan untuk melihat lebih banyak lagi piala diusung ke MALAYSIA?

entahlah dgn kerenah 'PELIK' FAM(oh sbnrnye kerenah presiden FAM tua yg bengong) tidak memungkinkan sukan bola sepak Malaysia maju dalam masa terdekat.Sasaran WORLD CUP 2018 adalah mustahil selagi si TUA itu claim "I'M A FIGHTER!!".

pale hotak hang!!

Aku smpai skang still lagi x faham mengapa PAHANG still ade kat SUPER LEAGUE?
Alasan x kukuh langsong putar belit mcm AMENO.x paham gua.

(hahaha entri 2010 dimulakan dgn carutan.aku dh x tahan ngan 'orang2 atasan' yang suke mkn pisang nih!!)