Boikot Barangan Israel

Boikot Barangan Israel

Monday, November 12, 2007

pergh CRB-Ariela


aku kboringan sbb web alwancomics tgh dkemaskini skang nih,jd aku memeriahkn forum pergh.com dgn mneyertai character redesign battle watak ariel the little mermaid.aku tuka ariel jd ariela sbb aku dh pakaikn die baju+tudung.

Sunday, November 11, 2007

PERHIMPUNAN BERSIH-10 NOVEMBER 2007

entri ni d petik dr blog ibnzack. jgn lupe lihat video youtube d blog beliau.

10 Pagi,itu masa yang ditetapkan oleh teman-teman untuk kami menaiki LRT dari Sungai Besi menuju ke Masjid Jamek;salah satu tempat bermulanya perhimpunan anjuran gabungan NGO;Bersih.Perjalanan menaiki tren tidak sunyi daripada pemandangan polis-polis dan FRU yang siap bersedia dan berkawal hampir di setiap hentian,terutamanya yang berdekatan dengan kawasan perhimpunan.Memang serius Pak Lah kali ini,membuatkan hati penulis benar-benar ragu apa angka 100 ribu bisa menjadi kenyataan.Apatah lagi maklumat dari teman-teman mengatakan sekurang-kurangnya 4-5 buah bas dari Terengganu sahaja telah diarahkan pulang oleh Polis selain kawalan ketat di setiap pintu masuk lebuh raya sejak beberapa hari yang lalu.Itu belum lagi dicampur sekatan di bahagian Selatan dan 7 bas di perlis yang turut 'digendalakan'.Hati penulis terdetik."Ahh andai sekadar 10 ribu yang hadir,maka sudah ajaib".

10:30pagi penulis tiba di LRT Masjid Jamek.Ramai anggota keselamatan mula berkawal.Trak-trak FRU mula ditempatkan di kawasan yang strategik,menjadikan laluan lalu lintas mula terganggu.Team penulis mula berpecah kerana bukan sesuatu yang bijak untuk bergerak beramai-ramai dalam keadaan sebegini.Ramai SB mula dilihat berlegar-legar;ahh bukan sukar meneka identiti mereka lantaran sikap dan gaya mereka yang sudah ada patternnya yang tersendiri.




Sekitar waktu Zohor,penulis memasuki Masjid India.Rancangan awal adalah penulis solat di Masjid Jame',tetapi arahan-arahan yang berlainan seringkali diberikan hinggalah akhirnya masjid India diputuskan sebagai tempat penulis dan sebahagian yang lain berkumpul.Cukup ramai yang berada di masjid tersebut.Sangat ramai.Penulis anggarkan di Masjid India sahaja jumlahnya kira-kira 2000 orang.Dewan solat tingkat bawah yang dilihat sengaja dikunci menyebabkan ramai jemaah terpaksa menunggu giliran untuk solat.Seolah-olah sebagai satu usaha untuk menggagalkan perhimpunan.Penulis solat jama' di situ atas keadaan yang memerlukan.Manalah tahu bilakah penulis seterusnya akan berpeluang solat lagi.

Pukul 2 lebih,ramai mula berkumpul.Penulis dan para sahabat di Masjid India mula bergabung dan membentuk barisan di Masjid jamek bersama peserta yang telah sedia menunggu di situ.Unit Amal PAS mula tiba memberikan bantuan dan kawalan keselamatan.penulis anggarkan jumlah mereka kira2 200 orang,jumlah peserta 3000-4000 orang sementara FRU dan pasukan keselamatan 300-400 orang.

Saat itu,laungan takbir dan Lailahaillallah semakin kuat sehinggalah pasukan FRU melakukan tindakan luar batasan dengan menyebur cecair pemedih mata ke arah peserta.Penulis tidak pasti apa yang berlaku pada Dr Hatta (ketua perhimpunan di Masjid Jamek),dia punya guard sendiri yang mengawal walaupun tempiasnya pasti lebih teruk dari penulis.Yang pastinya semburan berkali-kali itu (penulis anggarkan 5-6 kali) membuatkan tengkak penulis perit,hidung berair dan mata sukar dibuka dan kemerah-merahan.Aduhh,andai begini kesan yang diterima penulis yang hanya terkena bias airnya,bagaimana pula agaknya pejuang-pejuang agama yang berada di barisan hadapan?Patutlah ada antara mereka meraung,menangis terutama kalangan muslimat.

Akhirnya kumpulan ini berjaya melepaskan diri dengan berpecah dua.Penulis mengikut kumpulan yang bergerak merentasi bazar masjid India.Suasana perniagaan dan keadaan yang sempit tidak memungkinkan pasukan FRU memasuki kawasan tersebut dengan jentera angkuhnya.Kami tiba kembali di jalan besar.Saat itu,FRU melakukan tindakan tahap kedua;menembak peluru gas pemedih mata ke arah peserta.Penulis anggarkan jumlahnya sekitar 10 biji.Salah satu daripadanya betul-betul jatuh di hadapan penulis,memberikan impak maksima kepada peserta-peserta berhampiran.Nafas semakin sukar,mata sukar dibuka.Pendek kata kesannya lebih teruk daripada apa yang enulis alami di Masjid Jamek.Maklum,di sana hanya bias.Di sini.direct.Saat itu,penulis mula terpisah dengan rakan-rakan.Yang pasti,setiap peserta hanya fikirkan lari menyelamatkan diri masing-masing.Penulis memasuki bangunan berhampiran,mendapatkan perlindungan.Anak-anak kecil mula menangis-nangis,sakit dan pedih dengan gas yang dilepaskan.Sungguh,gas yang dilepaskan kali ini lebih pedih daripada biasa.Ini diakui sendiri oleh seorang otai reformasi yang penulis temui dalam perjalanan pulang nanti.Katanya,sebelum ini,jika gas dilepaskan,peserta masih mampu bertahan.Kali ini berbeza.Apa mungkin kandungan asid di dalam gas kali ini melebihi sukatan biasa?

Penulis bergerak kembali,kali ini dengan rakan-rakan lama penulis yang kebetulan turut sama ada berlindung di bangunan itu.Sungguh rahmat dan pertolongan Allah itu tidak putus.Apabila FRU melepaskan gas dan menyembur cecair,Allah turunkan hujan lebat bagi mengurangkan kesakitan dan keperitan yang ditanggung peserta.Apabila penulis putus hubungan dengan rakan-rakan,Allah temukan pula dengan rakan-rakan penulis yang jumlahnya lebih ramai.Maha Suci Allah.Terima Kasih Allah!

Selepas itu kami mula bergabung dengan satu kumpulan yang lain yang penulis yakini bergerak dari SOGO.Seorang tua dan rakannya yang turut sama berlindung bersama penulis berkata,"Awak pergilah.Awak masih muda.Pak cik tak larat".Penulis bergerak dengan kumpulan baru,meninggalkan pak cik tua yang semangatnya turut bersama kami.Sepanjang perjalanan ke Istana Negara melalui Masjid Negara,tiada tindakan provokasi Polis lagi.Jalan sesak.ramai pemandu kereta,lori dan penunggang motor membunyikan hon,mengangkat tangan,bertakbir memberikan semangat kepada peserta.Kami balas dengan takbir dan lambaian,kerana kami yakin mereka juga akan turut sama di dalam barisan jika tidak kerana risiko-risiko yang tidak sanggup mereka ambil.

Di persimpangan jalan menuju ke Istana Negara,penulis terserempak dengan Dr Wan Azizah yang ditemani anaknya.Dia senyum dan melambaikan tangan pada penulis dan rakan-rakan.Kami ambil kesempatan itu untuk mengekorinya betul-betul di belakang kerana jalan pastinya akan di buka untuknya.Jadi lebih mudah untuk penulis ke barisan hadapan.Laungan REFORMASI mula bergema,mengingatkan sejarah perjuangan 9 tahun lalu.Penulis dihentikan Polis di kawasan pagar.Kelihatannya hanya pimpinan yang dibenarkan masuk.Dan daripada cakap-cakap sekeliling,memorandum itu telah selamat diterima oleh pihak istana negara;membuktikan kejayaan perhimpunan kali ini.Kemudian para peserta diberikan arahan oleh Ketua Polis Brickfields untuk bersurai.Peserta bersurai perlahan-lahan dengan aman.Tiada provokasi ke atas polis dilakukan.Semuanya dengan sopan,berbeza dengan perhimpunan membantah perang yang dianjur KJ satu ketika dulu.

Pulang,penulis melihat lautan manusia di bawah semasa menaiki jalan di bahagian atas.Malah jalan yang penulis lalui sendiri,barisan pesertanya tidak dapat dipastikan di mana kepala di mana ekor;membuktikan betapa ramainya yang hadir.HarakahDaily memberikan angka lebih 100 000.Ada yang memberikan angka 40 000.Tapi penulis yakini jumlahnya tidak akan kurang daripada 50 000.Itu hanya yang penulis lihat.Menurut kata teman yang lain,ramai yang tidak dapat sampai ke Istana kerana sekatan polis.Ya sudah tentu,yang tersadai di bangunan tempat perlindungan penulis itu jumlahnya sudah berapa?Di masjid jamek sendiri berapa.Malah,kumpulan Dr Hatta sendiri sampai lambat iaitu ketika semua peserta lain sudah bergerak pulang.

Sewaktu di LRT,penulis ketemu dengan seorang otai reformasi.Selain pendapatnya yang mengatakan kemungkinan asid berlebihan mungkin digunakan,dia turut menceritakan perbezaan perhimpunan zaman reformasi dan sekarang.Katanya dulu,peserta hanya disembur air bersih atau air kuning.Bukan terus disembur dengan cecair berasid seperti sekarang.Jesteru itu masih ramai yang mampu bertahan dan bukan bertempiaran lari seperti sekarang.Katanya lagi,dia kagum dengan golongan muda yang menjadi majoriti dalam perhimpunan ini.Dia bagai tidak menyangka masih ada golongan muda yang prihatin terhadap masalah negara di tengah-tengah lalian hedonisme dan hiburan melampau.Katanya,dia pada awalnya menganggap hanya golongan lama sepertinya sahaja yang sanggup turun.Nyata dia silap.

Penulis pulang dengan selamat.Terima kasih Tuanku As-Sultan kerana perkenannya menerima memorandum rakyat.Daulat Tuanku!

Di bawah adalah gambar-gambar perhimpunan dari masjid negara.Kamera yang sepatutnya digunakan untuk mengambil gambar di Masjid Jamek rosak.Masuk air barangkali.






Sekarang bagaimana?Setuju dengan kata RTM cuma 4000 yang hadir?Ini baru kumpulan dari Masjid Negara.Belum digabung dengan kumpulan lain lagi! Kisah lain boleh diikuti di:

Najwan
SyeikhRyz
Harakahdaily
TVPAs-Peristiwa Di masjid jamek

Thursday, November 8, 2007

watak2-khyril


gah hahaha.buruk giler kalering aku.

Tuesday, November 6, 2007

komik dunia fantasi




aku tgh design watak2 dlm komik dunia fantasi yg berjangka panjang yg InsyaAllah akn aku start lukih x lame lg.dh byk watak yg tlh aku reka tp kali ni aku upload watak Aliz dulu.watak2 lain akn aku upload kendian.oleh sbb aku akn kosentret 100% utk komik ni,so komik KING dan rempit eater(yg mmg dh lame terbengkalai sbb kekurangan idea masyuk)dgn dukacitanya tdk dpt disambung sehinggalah komik baru aku ni tamat.bagaimanapun,diari IPT akn aku sambung bergantung kpd idea & isu2 semasa.

awek gaara?



apdet sikit blog nih.lukisan lame je x de yg baru.

Tuesday, October 23, 2007

Malek: Pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA

Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tidak akan dapat melupakan buat selama-lamanya peristiwa buruk yang telah berlaku ke atas dirinya sembilan tahun yang lalu.

Abdul Malek, 51, telah menang dalam samannya terhadap kerajaan kerana menangkap dan menyeksanya pada tahun 1998. Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya. Beliau memfailkan saman tersebut pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.


Abdul Malek yang juga pengerusi badan pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) ditahan di bawah ISA sembilan tahun yang lalu. Beliau menceritakan kepada Malaysiakini setiap saat pahit yang dilaluinya sewatku menjadi tahanan ISA.

Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:

Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?

Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar. Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).

Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998. Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor. Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap.

Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam. Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar. Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud.

Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, "Mengapa saya digari?" dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA. Saya kemudiannya bertanya, "Mengapa anda perlu menggari tangan saya?" dan saya bertanya kepadanya "Apakah sebab saya ditahan", (dan dia berkata) "ISA" dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya. Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu.

aDia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA. Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab "ISA".

Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah). Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya. Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya.

Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya. Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya.

Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana. Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan.

Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian - menanggalkan baju dan seluar saya. Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu. Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan.

Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya. Saya kemudiannya kena 'flying kick', 'side kick' dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri.

Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi - semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali. Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar...

cSalah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang. Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali. Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri.

Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya. Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan.

Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab "tentulah dahaga". Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.

Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab "Tentulah saya lapar". Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya. Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya "Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam," saya bertanya kepada mereka

(Dia berkata) "Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak". Tentulah mereka tidak melakukannya.

Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah.

Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya. Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing. Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada m masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.

Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?

Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.

Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, "Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian - kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan". Sedangkan ianya tidak benar. Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman.

Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan. Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya.

Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi. Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung. Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.

Bagaimanakan anda disoalsiasat?

Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.

Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu. Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak.

Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut.

Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal. Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.

Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.

Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?

Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya. Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999).

vApa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, "Baiklah, itulah wanita yang merawat saya". Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan. Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan.

Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama. Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.

Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?

Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali. Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan.

Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999. Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.

Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu?

Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti sosial.

p/s:dicopy-paste dr sini

Tuesday, October 16, 2007

D2K Launch!!

Sila lihat di sisi kanan blog ini terdapat page element yg baru yg bertajuk D2K(Dunia Komik Kanben).D2K menggunakan photobucket sbg hosting,menghimpunkan komik2 yg telah aku siapkan sebelum dan slepas blog ini diwujudkan untuk memudahkan anda semua membaca komik2 aku tu.Anda hanya perlu mengklik mane2 tajuk komik yg ingin dibaca.Selain itu,D2K yg mempunyai nama lain Dunia 2K@Dunia 2000 dilancarkan bermatlamatkan untuk mencapai target sebanyak 2ooo halaman komik!!Entahlah aku dpt atau tidak mencapai terget utk melukis komik sbyk 2000 halamn tu.Berape masa yg perlu diambil untk aku mencapai matlamat ni mungkin 5 thn,mungkin 10 thn,20 thn.Entahlah,ini merupakan cabaran buat aku dan mungkin sbg pendorong utk aku supaya terus konsisten untuk melukis komik. Diharap anda bersabar dan enjoy bace komik2 aku tu.Kalu ade kelapangan bglah sedikit komen ataupun feedback d shoutbox supaya aku dpt mengimprovekan lg skill aku.dengan ini D2K dilancarkan scr rasminya.sekian,tenkiu.

Monday, October 15, 2007

KING(final page)


Woahhhh....akhirnye siap episod 1 komik King nih!!InsyaAllah akan muncul episod 2 komik nih untuk menjawab persoaln yg msh belum dirungkaikan dalam episod 1 ini.mungkin 2 bulan lg kot.hahaha.wokeh enjoy dan jgn lupa klik pd gambar utk lbh jelas.tenkiu,cau!!

Wednesday, October 10, 2007

KING(page 15)


tinggal satu page lagi!!kalu aku rajin insyaAllah aku upload esok.hehehe

SELAMAT HARI RAYA 1428H


Aku kanben@pok jak pemilik blog ni mengucapkn selamat hari raya aidilfitri kpd semua muslimin&muslimat yg bleh paham bahasa melayu ni.sekian tenkiu

Tuesday, October 9, 2007

KING(page 12,13,14)




hohoho tetibe je rajin plak arini.mlukis sambil mengejar dateline.2 pages more to go!!YEAHH!!
-sila klik pd gambar utk imej yg lbh jelas tekiu-

Monday, October 8, 2007

KING(page 9,10&11)




Adeehh ade 5 page lagi.Banyaknye bile la aku bleh siapkn komik ni.Mula2 igtkn nk buat 10 page je skali tlebih sampai 16 pages.Adehhhh.....penatnye....

Sunday, October 7, 2007

collab with freshie



apdet sikit blog ni.nk lukih komik x de mood sbb sibuk...main game.akhirnye berjaye gak tgk lukisan aku yg berkaler.biasenye hitam putih jer.nk klaer sndiri malas+x reti.hhahaha.tenkiu to freshie dr alwancomics yg mengaler lukisan aku.tenkiu2.

Saturday, September 29, 2007

KING page 8


cuti dh nak habis..skoalh dh nk bukak barulh terase sikt2 nk pegang pensel.nah enjoy king page 8.
spt biase klik imej utk lbh clear.tq

Ramadhan 1428H


puasa tinggal kurang dr 2 minggu lagi.same2lah kita beriktikaf d masjid dan perbanyakkan amal ibadat kita InsyaAllah.

Friday, September 14, 2007

KING(page 6&7)



gahahaha buruk giler malas nk ink.touch up sikit2 gune potosop.enjoy

Wednesday, September 5, 2007

tokyokohama







jalan2 skodeng aweks d tokyo+yokohama

Tuesday, August 21, 2007

Pemberitahuan....


Blog ini akn mengalami ketidak updatekan selama bbrp ari sbb hambe akn bercuti jalan2 skodeng aweks.KING juga kmungkinan besar tidak dpt disiapkn sblm merdeka.sekian,tenkiu.

Monday, August 13, 2007

Cerita Sebenar di Kabul

Kali ni terase nk kongsi la plak kisah sebenar psl 23 org Org Korea kene culik d Afghanistan ari tu.Artikel sebenar kat sini.

Oleh Azmi Ali,

Assalammulaikum, Ustaz Shafie. Alhamdulilah, temu lagi untuk saya paparkan berita dan cerita dari Afghanistan . Kali ini cerita 23 orang Korea kena culik...gempar satu dunia.CNN sibuk sebar berita pekerja bantuan yg datang di tawan si talib.Media barat gambarkan rakyat Afghanistan dan orang Islam... ganas dan tidak bermaruah.....tawan dan bunuh pekerja asing yang datang untuk membantu rakyat Afghanistan.

Di Kabul, lain pula cerita, orang awan dan kami expatriate, baik Islam atau bukan Islam yang berkerja dgn agensi antarabangsa saperti UN, UNDP, JICA,UNESCO, semua confuse dan terkejut dengar berita ini. Beza sangat cerita di Kabul dgn cerita CNN... saya pun bolih tabik dgn CNN...... kalau saya tak ada disini..... saya pun bolih terpengaruh.

Sebenarnya Ustaz....kesemua mereka bukan pekerja bantuan dari agensi PBB atau NGO yg diiktiraf olih Kerajaan Afghanistan . Poncoi ini semuanya pendakwah kristan dari satu gereja terbesar dan paling aktif di Korea.Tujuan sebenar .....Ustaz pun faham........saya diberitahu....dalam bahasa Inggeris nya "fertilization"....saya pun tak tahu apa maknanya, tapi kita semua dapat agak maksud dan tujuan sebenar.

Mereka dah kena usir tahun sudah tapi mai juga lagi.Memang cekap ...datang secara sulit sehingga kedutaan Korea pun tak tahu.Cerita CNN banyak tak betul....kalau pekerja bantuan.. disini kami ada etika ....wanita mesti tutup aurat dan perjalanan mesti ada pengawal dan peraturan lain yang sangat ketat. Ni pergi pula Kandahar ...memang cari nahas!

Tapi apa pun, macam Ustaz selalu beritahu...." Allah knows better".......baik yang sulit, tak sulit atau yang terselit. Memang, Allah swt. tak izin untuk kristankan orang Islam disini. Media dan pertubuhan Islam disini paling lantang kritik... hari-hari kerajaan Korea kena hamtam ....... kalau dah bawa bersama beribu bible
yang siap di terjemah dalam bahasa urdu, parsi dan pastum.....apa tujuan?. Ini yg ramai pertikaikan.Yang si talib pula ambil peluang...buat vedio...tunjuk naskah bible dan macam macam lagi. Kalau siapa tengok vedio ini... memang dandan tu juga nak mati syahid...nanti saya balik saya sambung cerita.

Ini pula cerita saya yg ada kaitan dengan cerita tadi. Khamis lalu saya nak ke tapak projek di utara Kabul tapi kereta pula ditahan polis. Biasa la...kena security check disini.Termasuk ni dah kelapan kali kena tahan. Tapi nasib saya tak baik kali ni....lupa bawa passport........ kaptain polis pula tak faham Inggeris.Macam nak tercabut nyawa...... nak fahamkan poncoi-poncoi yg saya bukan orang Korea . Habis di selongkar kereta, beg........ sampai derebar saya, Madjid, pun cemas. Ini lah padah nya lupa bawa pasport....satu jam kena siasat. Jawab soalan kena pakai penterjemah.saya ditanya.....berapa banyak tuan bawa bible kemari?....saya pun jawab...apa perlu saya bawa bible, saya orang Islam. Dia pun senyum dan tanya lagi........jadi tuan ada bawa Quran?....saya jawab....tak perlu....dia tanya lagi... kenapa? Saya dgn confident saja jawab.......... kerana ayat Quran ada dalam diri saya.

Di pendekan cerita .... rupanya jawapan disalah terjemah...jawapan "Quran ada dalam diri" diterjemah sebagai saya hafis Quran. Tak sempat nak kata apa-apa. Dia pun kata....alhamdulilah... kalau tuan dapat baca ayat Quran tuan tak perlu ditahan. Saya pun mengelabah tapi tak jawab apa-apa.... takut lain jadi nya. Dalam hati kata.... ini lah gara-gara guna istilah cengih secara sempontan. Dia kata....sila baca ayat ta'barokal'lazi".Saya pun tampa fikir panjang baca la dgn confident, dia pun senyum dan lepas cakap dalam bahasa Dari dgn Madjid, kami pun dilepaskan.

Sepanjang perjalanan balik, saya dgn Madjid pun sembang sakan.Lepas tu dia beri tau saya.....semasa saya baca ayat tadi...dia terketar lalu terkencing dalam seluar. Saya pun ketawa dan dia pun kata dengan selamba ...apa tidak nya, ayat yg saya baca tadi adalah "ayatulqursi" bukan ayat ta'barokal'lazi". Madjid, memang seorang hafis Quran.Kami pun gelak sakan .... yg penting penting tak kena denda dan tak tidur dalam lokap.

Ustaz, Allah bantu kami..... kalaulah dia minta juga baca ayat tu, bukan saja saya pengsan, Madjid pun mungkin terberak dalam seluar....sebab saya tak hafal ayat tu.

Ustaz, jumpa lagi dgn cerita lain dilain kali. Assalammualaikum


Azmi Ali,
MoLSAMD, Kabul .

KING(page 5)


KING page 5.spt biase klik pd gambar utk view yg lbh jelas.tq

BABI VS WANITA


Iklan lagi.........lebih baik aku sentuh babi drpd sentuh wanita yg bkn muhrim.

DIARI IPT-episod 2





Iklan kjap....komik lame gak siap dlm 2 bln lps.KING akn diupdate kemudian.

Saturday, August 11, 2007

KING(page4)


King page 4 release!!Apakah yg akan terjadi pd Emi selepas ini?Apakah tindakan yg akn diambil oleh Jani?Hahaha.TUNGGU....

Friday, August 10, 2007

DIARI IPT-episod 1




Komik lame gak.release awal thn ni sempena Maal Hijrah.Layan..